Hari-hari Ramadhan Kami
Hari ini hari ke-7 ramadhan 1441 bersamaan 30 april 2020. Kami masih lagi di bawah perintah kawalan pergerakan (RMO) kerana penyakit wabak corona(covid-19)
Hari ini aku dijadualkan untuk memasak. Menu yang ingin kusediakan hari ini adalah mi kari.
Sejujurnya aku tidak tahu bagaimana rasa sebenar mi kari yang enak. Namun kuteruskan juga niat dengan harapan kariku menjadi.Bahan memasak telah kubeli sehari awal supaya tidak terkocoh-kocoh membeli barang di akhir waktu.Bimbang bahan yang dicari tidak berjumpa.
Malam itu juga kami berusrah. Berbincang mengenai surah mursalat.Surah yang berkesinambungan dengan surah sebelumnya iaitu al-insan. Di dalam surah al-insan,Allah memberi kita semua pilihan sama ada untuk menjadi al-abrar( yang membenarkan islam) atau pendusta. Di dalam surah mursalat pula Allah bukan sahaja menceritakan malah mengecam orang-orang yang mendustai agamanya. Surahnya terbahagi kepada 9 penjelajahan. Penjelajahan pertama menceritakan kisah angin atau malaikat yang datang secara lembut dan kencang. Maksudnya,Allah boleh sahaja menjalankan bumi ini sesuai dengan kehendaknya. Sama seperti hujan,boleh sahaja Allah menurunkannya sekaligus. Namun kerana Ar-rahman Allah,Dia menurunkannya dalam bentuk titisan hujan. Sebagai analogi yang Allah mampu sahaja berbuat sekehendakNya. Dengan itupun masih ada manusia yang mahu mendustakan kekuasaanNya?. Celaka dan binasalah buat mereka para pendusta!!. Siapakah para pendusta ini?. Iaitu orang yang tidak mahu menjadi al abrar.
Sangat menakutkan ayat-ayat di surah ini. Dimana Allah mencela mereka yang tidak mahu menjadi Al abrar. Sungguh besarlah tanggungjawab menjadi khalifah di muka bumi. Bukan hanya boleh sewenangnya sahaja. Kerana itu juga,ganjarannya amatlah besar.
Moga kita semua kuat untuk menjadi Al abrar.
Comments
Post a Comment